Sunday, March 29, 2020




Pertubuhan persidangan Negara-negara Islam (OIC)

DUB 1012 – Pengajian Islam

Puan Mahnessa Binti Abdul Kadir





Nama Pelajar
No. Kad Matrik
Nur Azlia Aina Binti Azlie
23DBS19F2020
Nur Afieza Antasha Binti Mohd Arshad
23DBS19F2046
Nawwal Alea Binti Zulkifli
23DBS19F2002
Siti Maisarah Binti Mohd Asmadi
23DBS19F2031
Sarah Adlina Binti Arim
23DBS19F2010











DBS1
SESI DISEMBER 2019




Pendahuluan

Pertubuhan persidanganan Islam atau Organisation Of Islamic Cooperation (OIC) telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Pertubuhan Persidangan Islam ini ialah satu pertubuhan antarabangsa daripada gabungan 57 buah negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah & Afrika Utara, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Pertubuhan OIC bertujuan mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti social, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan dan sebagainya. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung, bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan juga kebajikan umat islam di seluruh dunia terjamin.

Organisasi ini ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia pada 22 September hingga 25 September. Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pada 28 jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.




Isu dan huraian

Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas OIC yang sentiasa terlibat secara aktif dalam segala aktivitinya. Malaysia sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara Islam dan umatnya di seluruh dunia. Hal ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama ini adalah dengan menyokong Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi yang bertujuan untuk mengembangkan pembangunan sosio-ekonomi di negara anggota dan komuniti Islam di negara bukan ahli dan melabur dalam membina rantaian nilai yang lebih kukuh untuk menjadikan negara-negara membangun lebih mencukupi. Malaysia menyokong penubuhan pejabat Bank Pembangunan Islam yang terletak di Kuala Lumpur.



            Selain itu, Malaysia juga menyokong perjuangan rakyat Palestin yang diserang oleh Negara Israel. Isu ini merupakan pertikaian antara dua negara mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Malaysia bukan sahaja memberikan bantuan dari segi keperluan tapi dari segi pendekatan kemanusiaan dengan menggunakan pentas antarabangsa sebagai platform bagi membangkitkan kesedaran dunia mengenai kebebasan dan hak rakyat Palestin. Sebagai bukti sokongan Malaysia adalah Eropah mula menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin.

           

         Walaupun Malaysia bukan sebuah negara Islam ia tidak akan dapat menghalang Malaysia daripada terus menyumbang dalam Pertubuhan Kerjasama Islam ini. Malaysia menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran iaitu pertandingan membaca al-Quran pada setiap tahun dan meneruskan usaha ini dengan mengadakan program Nida UI Islam sebagai langkah untuk menyebarluaskan dakwah Islam keseluruh dunia.






Usaha usaha Malaysia ini sangat menyumbang dan memberi impak besar kepada negara-negara Islam yang miskin mahupun kaya. Islam adalah sebuah agama yang tiada cacat celanya, membela dan melindungi adalah menjadi keutamaan semua penganutnya.




Empat jawatankuasa kerja

Terdapat empat jawatan kuasa kerja yang ditubuhkan bagi melaksanakan tindakan susulan Deklarasi Putrajaya iaitu :

  •          Perdagangan dan pelaburan
  •          Sains dan teknologi
  •          Pendidikan
  •          Penerangan



Dengan adanya jawatankuasa kerja ini, pelbagai aktiviti yang bersesuaian dapat dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan negara-negara Islam dan seluruh umatnya.

No comments:

Post a Comment